Monday, April 13, 2009

JENIS-JENIS RALAT

1. Ralat Kasar/Pengguna

Ralat kasar biasanya disebabkan oleh manusia/pengguna sendiri kerana kesilapan memilih instrumen  yang tidak sesuai, salah mengambil bacaan, salah mengendalikan instrumen, terlupa set zero, kesan beban dilupakan dll.Ralat ini boleh dikurangkan dan dihapuskan dengan memberi perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan instrumen pengukuran, semasa membuat pengukuran dan kiraan. Berjaga-jaga dengan had keupayaan instrumen, ambil bacaan sekurang-kurangnya 3 kali untuk mengelakkan ralat kasar, membaca manual instrumen, baca penunjuk dengan tepat, tiada zero offset dan ralat parallax.

2. Ralat Sistematik
Ralat sistematik akan berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan dan menggunakan instrumen yang sama. Ralat sistematik boleh disebabkan oleh 2 punca utama iaitu :
a. ralat instrumen
b. ralat sekitaran.

a.Ralat instrument

Ralat instrument terjadi akibat ketidak sempurnaan instrumen itu sendiri seperti kesan dari geseran penunjuk, komponen tidak linear, ralat tentukuran alat, alat rosak. Ralat boleh ditentukan dengan membandingkan bacaan yang diberikan dengan nilai piawai dan boleh tentukan samada ralat adalah tetap atau berkadaran.
Ralat instrumen boleh dikurangkan dengan melakukan penentukuran alat, dapatkan faktor pembetulan daripada ralat yang didapati, lakukan lebih dari satu cara pengukuran. Seelok-eloknya selalu lakukan pemeriksaan alatan untuk memastikan bacaan adalah tepat seperti yang dikehendaki.

b. Ralat Sekitaran

Ralat sekitaran adalah akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti suhu, kelembapan, medan magnet, elektrik/elektrostatik. Untuk mengelakkan berlakunya ralat jenis ini lakukan eksperimen/tempatkan instrumen pada suhu/kelembapan sekitaran yang dibenarkan, hindarkan dari kesan medan magnet dll. Seeloknya gunakan instrumen yang tahan terhadap perubahan keadaan sekitaran/tahan lasak.

3. Ralat Rawak
Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan dalam pengukuran. Ralat rawak boleh dikenalpasti jika bacaan berubah dengan tidak menentu, walaupun pengukuran dilakukan berulangkali. Ralat jenis ini tidak diketahui puncanya dan selalunya kurang diambil kira melainkan pengukuran memerlukan kejituan yang tinggi. Analisis secara statistik terhadap data yang diperolehi boleh dilakukan untuk melihat ketepatan pengukuran, dengan mendapatkan min dan sisihan piawainya

Ralat

Ralat ditakrifkan sebagai perbezaan antara bacaan yang diberikan oleh instrumen/meter dibandingkan dengan nilai sebenar parameter yang diukur. Ralat terjadi akibat daripada beberapa sebab dan boleh dikategorikan kepada 3 iaitu ralat pengguna (ralat kasar), ralat sistematik dan ralat rawak.

Unit

Menerangkan dimensi sesuatu kuantiti, sebagai contoh, 5?, 5m-panjang, 5kg-berat, unit.

Kerja-kerja selepas pengukuran:

Kerja-kerja selepas pengukuran:

Proses pengukuran tidak lengkap sepenuhnya jika hanya data pengukuran diambil. Data mesti dianalisis, secara matematik/statistik dan keputusan mesti dilapurkan dengan lengkap dan tepat.

Aspek yang penting semasa pengukuran

Semasa mengendalikan proses pengukuran perlu:

1. Kualiti: pastikan alatan yang dipilih adalah yang terbaik, kedudukan pengambilan data sesuai, bilangan pengukuran yang diambil mencukupi dan adakah hasil yang diambil boleh dipercayai.
2. Utamakan keselamatan: kesan kejutan elektrik, kesan beban berlebihan, had alatan, baca manual alatan.
3. Pensampelan: lihat perubahan parameter semasa pengukuran, nilai mana yang perlu dipilih bila parameter sentiasa berubah, ambil bilangan sampel yang mencukupi dan pastikan perwakilan sampel boleh diterima dan diakui.

Aspek yang penting sebelum pengukuran

Sebelum melakukan proses pengukuran harus dikenalpasti:

1. Tatacara/kaedah pengukuran: Kenalpasti apa parameter yang hendak diukur, bagaimana cara terbaik, berapa banyak pengukuran perlu dibuat dan bagaimana untuk merekodkan hasil pengukuran.
2. Ciri/sifat parameter: harus tahu parameter yang diukur ac atau dc, frekuensi dll
3. Kualiti: masa dan kos diperuntukkan, keupayaan alatan, pengetahuan pengukuran, hasil/keputusan pengukuran yang sesuai.
4. Instrument: pilih alat yang sesuai samada meter analog/digital/osc/counter dll, perlu pengetahuan dan pengalaman mengendalikan alatan.

PENGENALAN KEPADA PENGUKURAN

Takrif pengukuran

Seni atau proses mengubah amaun, kuantiti, darjah, sesuatu parameter fizikal kepada nombor bermakna dengan membandingkan secara terus atau tidak langsung dengan nilai piawai yang telah diterimapakai dalam sistem unit yang telah digunakan dengan menggunakan alatan yang tertentu.

Pengukuran adalah satu proses di mana parameter fizikal diubah kepada nombor-nombor bermakna dengan menggunakan instrument tertentu. Setiap nombor bermakna yang diperolehi mestilah diikuti dengan unit kerana unit dapat menunjukkan ciri-ciri parameter fizikal yang diukur, seperti Meter untuk panjang, Kg untuk berat dll.

Proses pengukuran melibatkan semua maklumat, kelengkapan, instrumen dan operasian yang berkaitan dengan sesuatu pengukuran, juga merangkumi semua aspek berkaitan perlakuan, prinsip, kaedah, tatacara, nilai-nilai kuantiti pengaruh, mutu dan piawai pengukuran.